HomeUtamaPerkhidmatan awam berperanan galas cabaran, realisasi agenda pembangunan negara

Perkhidmatan awam berperanan galas cabaran, realisasi agenda pembangunan negara

Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Perkhidmatan awam memainkan peranan penting dalam menggalas cabaran bagi merealisasikan agenda pembangunan negara melalui program utama yang telah digariskan oleh Kerajaan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasnih berkata, perkhidmatan yang berprestasi tinggi dan bertaraf kelas pertama adalah menjadi fokus penting untuk menangani perubahan pantas yang berlaku dalam persekitaran COVID-19 ketika ini.

Katanya, jentera pentadbiran kerajaan perlu mempunyai kapasiti dan keupayaan yang tinggi untuk menjayakan program-program yang telah dirancang.

“Pada tahun ini, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) terus mengorak langkah memperkasakan kecekapan organisasi dan sistem penyampaiannya bagi menterjemahkan visi Kementerian kepada program-program yang boleh dilaksanakan demi kesejahteraan pekebun kecil.

“Saya percaya matlamat yang ditetapkan di bawah Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) Tahun 2021-2025 adalah selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Tahun 2021-2025.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 RISDA negeri Sabah.

Isnin yang juga Ahli Pihak Berkuasa RISDA berkata, sasaran untuk merealisasikan impian RISDA bagi memastikan pekebuh kecik memperoleh pendapatan RM4,500 sebulan sekeluarga pada 2025 akan dapat dicapai melalui penghasilan prestasi kerja yang tinggi daripada seluruh warga kerja RISDA.

Katanya, ianya juga akan dapat meningkatkan kegemilangan pembangunan sektor pekebun kecil dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ini.

“RISDA amat memerlukan warga kerja yang profesional, progresif, kreatif, inovatif, berketrampilan, bijaksana dan berani membawa perubahan untuk bersama-sama menjayakan semua dasar semasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Sepanjang 50 tahun penubuhan RISDA ini, saya yakin pelaksanaan program-program yang berimpak tinggi dengan pendekatan yang strategik nyata telah melonjakkan nama RISDA dan telah memakmurkan sebahagian pekebun kecil seluruh negara.

“Oleh itu, satu penghargaan dan pujian harus diberikan kepada semua warga RISDA di mana kecemerlangan ini boleh kita jadikan sebagai pengukur bahawa anda semua telah berjaya menunaikan amanah dan tanggungjawab secara proaktif dan berkesan dalam menjayakan proses penyampaian perkhidmatan terbaik kepada pekebun kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Isnin berkata, tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada RISDA pada hari ini adalah satu tugas yang penuh dengan cabaran.

Katanya, penyampaian perkhidmatan bantuan – bantuan kerajaan ini amatlah berbeza dengan penyampaian perkhidmatan berlandaskan keuntungan.

“Tugas ini menuntut kesungguhan bukan sahaja memastikan bantuan – bantuan disampaikan kepada pekebun kecil dengan sempurna tetapi menjangkau kepada kesan positif penyampaian bantuan tersebut untuk memakmurkan keluarga pekebun kecil.

“Namun, walau apa pun cabarannya, yakinlah ini adalah kerja dakwah dan ibadah yang perlu ditanam sebagai roh perjuangan kita semua demi kemajuan masyarakat pekebun kecil dan kelestarian RISDA pada masa akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular