HomeUtamaBekalan makanan mencukupi,stabil - Ronald

Bekalan makanan mencukupi,stabil – Ronald

Read Time:1 Minute, 13 Second

TELUPID : Bekalan makanan menjelang musim perayaan adalah mencukupi dan stabil meskipun berdepan dengan peningkatan kos pengeluaran bahan makanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kenaikan kos itu disebabkan penutupan sempadan semasa pandemic COVID-19 selain konflik yang berlaku di luar negara.

“Bekalan makanan adalah stabil walaupun negara berada dalam pandemik COVID-19, kita tidak pernah berdepan masalah kekurangan bekalan malah ketika sempadan ditutup kita berhadapan dengan masalah lambakan namun ianya telah diurus oleh jabatan serta agensi berkaitan dibawah kementerian.

“Tentu sekali apa yang berlaku di luar negara menyebabkan kos pengeluaran bekalan meningkat sedemikian rupa, tentu sekali ia menjadi beban kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli Lembaga Pertubuhan Peladang Kampung Gambaron disini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, kerajaan akan memastikan rakyat tidak akan terkesan dengan kenaikan kos pengeluaran yang berlaku.

Sementara itu, Ronald berkata, Fasa Peralihan ke Endemik diharap akan dapat membangunkan semula masyarakat peladang di luar bandar.

Katanya, masyarakat peladang juga perlu dibantu bagi meningkatkan lagi tahap sosioekonomi mereka yang melibatkan petani,penternak dan nelayan.

“Kita bertuah tahun ini dimana ibadah puasa dapat dijalankan lebih terbuka, aktiviti masjid diadakan lebih terbuka kerana kejayaan kerajaan menangani COVID-19 yang sedikit sebanyak telah nampak kesan melalui program yang dibuat kerajaan.

“Antaranya kejayaan kita dalam program vaksinasi dan membuka ekonomi yang lebih luas, sempadan negara boleh dilawati manakala pergerakan rakyat Malaysia juga kini lebih bebas seperti biasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina mula daftar masuk ke UMS esok, bantuan kebajikan akan dijaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular