HomeUtamaTerus patuhi SOP, elak penularan jangkitan COVID-19 - Mohamad

Terus patuhi SOP, elak penularan jangkitan COVID-19 – Mohamad

Read Time:1 Minute, 8 Second

BONGAWAN : Pematuhan prosedur standard operasi (SOP) perlu terus dipatuhi oleh semua jemaah yang menunaikan solat di masjid dan surau meskipun diberi kelonggaran termasuk merapatkan sejadah tanpa bersentuhan.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, ia bagi memastikan semua jemaah yang datang berada dalam keadaan selamat selain dapat mencegah dari berlaku penularan jangkitan COVID-19.

“Saya berharap khususnya pada bulan Ramadan ini semua masjid dan surau dapat terus diimarahkan dengan aktiviti mahupun program yang bermanfaat untuk para jemaah.

“Namun kita juga perlu terus menjaga SOP bagi membolehkan jemaah yang datang berada dalam keadaan yakin dan selamat.  Ini adalah satu tanggungjawab semua khususnya jawatankuasa masjid dan surau,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Kimanis di Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan disini semalam.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, sumbangan yang diserahkan itu merupakan aktiviti tahunan sepanjang Ramadan.

“Sumbangan ini adalah bagi membantu masjid dan surau melaksanakan aktiviti bermanfaat seterusnya mengimarahkan suasana Ramadan.

“Penyerahan sumbangan ini bukan sahaja tertumpu kepada masjid dan surau, tetapi kita jugaakan tuut menyampaikan sumbangan kepada kelompok tertentu termasuklah anak yatim dan asnaf,”katanya.

Katanya, pihaknya juga akan melaksanakan program ziarah kasih Ramadan bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan.

Pada majlis itu, Mohamad menyerahka sumbangan berupa wang tunai dan kurma kepada 14 buah masjid dan 58 buah surau d sekitar kawasan Parlimen Kimanis.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya