HomeUtamaKerajaan Sabah sedia jalin kerjasama dengan syarikat penerbangan, bantu lonjak industri pelancongan

Kerajaan Sabah sedia jalin kerjasama dengan syarikat penerbangan, bantu lonjak industri pelancongan

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah sedia untuk menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan di negara ini yang mahu membuat penerbangan terus ke negeri ini.

Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, pihaknya turut mengalu-alukan pelaksanaan inisiatif penerbangan terus bagi membantu melonjakkan industri pelancongan tempatan di negeri ini.

“Pada petang ini, kita menerima kehadiran penerbangan Firefly daripada Pulau Pinang terus ke Kota Kinabalu dan ini merupakan penerbangan yang julung kali diadakan.

“Seperti yang semua sedia maklum bahawa Sabah hanya boleh diakses melalui laluan udara dengan menggunakan pesawat, jadi dengan terpilihnya negeri ini sebaga destinasi Firefly akan memudahkan laluan atau akses terutama rakyat di negara kita dan juga para pelancong,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyambut ketibaan penumpang bagi penerbangan sulung Firefly dari Pulau Pinang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Jafry berkata, penerbangan terus dari Pulau Pinang itu juga diyakini akan dapat memberi manfaat selain menarik lebih ramai ketibaan pelancong tempatan dan asing ke negeri ini.

“Ini merupakan laluan pertama dari sebelah utara Semenanjung.  Jadi kita mengharapkan dan menjangkakan ketibaan pelancongan akan terus meningkat.

“Selain itu, Pulau Pinang juga berhampiran dengan Langkawi, sudah tentu ianya akan menambah lagi signifikan kepada kehadiran pelancong ke Sabah,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM 6.421 bilion

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular