Komitmen pelbagai pihak laksana aktiviti mampu kukuhkan kerjasama dengan industri di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak khususnya dalam penganjuran bazar Ramadan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mampu mengukuhkan lagi jalinan kerjasama pihak universiti dengan industri yang terdapat di negeri ini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk Profesor ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, menerusi bazar yang diadakan akan mampu memudahkan pengunjung terdiri dari pelajar dan kakitangan universiti mendaptkan pelbagai juadah berbuka puasa.

“Program bazar Ramadan ini adalah satu platform `Learn and Earn’.  ‘Learn’ bermaksud pelajar UMS dapat menimba pengalaman keusahawanan daripada berniaga.

“Manakala ‘Earn’ bermaksud pelajar UMS dapat menjana pendapatan hasil daripada jualan mereka semasa bazar ini berlangsung. Malah, saya juga difahamkan, ada pelajar UMS yang diambil bekerja dengan peniaga di bazar ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Bazar Ramadan UMS 2022 disini semalam.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ribin Wahid dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Profesor Madya Dr Raman Noordin.

Taufiq berkata, peluang yang diberikan kepada pelajar UMS ini akan dapat membuka minda keusahawanan pelajar dan pada masa sama mendekatkan pelajar dengan keusahawanan khususnya perniagaan.

Katanya, melalui bazar ini juga pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan rangkaian dengan komuniti usahawan luar daripada UMS.

“Oleh itu, bazar ini sebenarnya melatih pelajar dari segi pengurusan organisasi, komunikasi yang berkesan dan pengurusan kendiri agar lebih bersedia untuk lahir sebagai seorang usahawan yang memiliki minda keusahawanan yang cemerlang dalam perniagaan kelak.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada semua agar sentiasa mengamalkan sikap bersederhana dan berjimat cermat dalam perbelanjaan semasa mendapatkan juadah berbuka dan pada masa yang sama mengelakkan amalan pembaziran,”katanya.

Terdahalu, Taufiq berkata, sebanyak  28 peniaga yang terdiri daripada pelajar dan peniaga luar yang merupakan orang awam dan alumni UMS menyertai bazar Ramadan berkenaan.

Katanya, penyertaan peniaga-peniaga ini amat memberangsangkan dengan kepelbagaian jenis jualan berbuka puasa.

“Selain itu, pelaksanaan penganjuran bazar ini juga mendapat kerjasama daripada pihak FAMA Negeri Sabah dan dibantu oleh Kelab Keusahawanan, Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS,”katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *