HomeIsu tempatanJangan Naik Harga Tiket Penerbangan Tanpa Pertimbangan - David

Jangan Naik Harga Tiket Penerbangan Tanpa Pertimbangan – David

Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan meminta syarikat penerbangan untuk tidak menaikkan harga tiket penerbangan domestik sesuka hati, terutama pada musim perayaan, sekaligus menjadi beban kepada anak perantauan yang ingin kembali pulang bertemu keluarga dan berhari raya.

“Anak perantau sudah berpeluang pulang ke sisi keluarga, bertemu saudara mara untuk sama-sama berpuasa dan pulang beraya, namun kecewa kerana ramai yang berduka dan tidak mampu kerana kos tiket penerbangan yang terlampau mahal.

“Dari Kuala Lumpur atau Penang, ingin pulang ke Borneo, fikir banyak kali sebab mereka tidak mampu, harga tiket penerbangan yang begitu melampau, keadaan ini menyedihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut David, peralihan fasa endemik setelah sekian lama bergelut dengan pandemik COVID-19 adalah berita gembira untuk semua rakyat kita, terutama mereka yang sudah lama tidak berjumpa keluarga.

“COVID-19 kini beransur membaik, ekonomi kita juga sedang mula ‘sembuh’ dan pulih, bagaimana pula perkara sebegini (peningkatan harga tiket penerbangan) boleh berlaku secara keterlaluan, tanpa memikirkan kesan kepada pengguna, kepada anak-anak kita yang bekerja atau belajar jauh.

“Kebanyakan daripada kita tidak mampu kerana kita bukan orang senang, bayangkan jika kos penerbangan yang keterlaluan ini, menjadi sebab, sekali lagi anak-anak kita yang jauh ini terpaksa bersendirian di perantauan berhari raya, sedih, saya sungguh tidak dapat bayangkan sebab saya sendiri merasakan isu ini adalah isu yang tidak wajar untuk berlaku,” katanya.

Jelas David, kos tiket penerbangan yang meningkat secara mendadak bagi penerbangan domestik adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan perlu diteliti semula oleh pihak berwajib.

“Kerajaan perlu lihat perkara ini dengan serius, ya kita boleh faham, setelah sekian lama syarikat penerbangan tidak dapat beroperasi dan menjana pendapatan, kini masanya mereka kembali menjana pendapatan, namun adalah tidak wajar jika ia umpama ‘menjerat’ pengguna.

“Kerajaan perlu lihat perkara ini dengan sangat serius, tolonglah fahami keadaan dan keperluan serta keperitan rakyat di bawah, yang sekian lama bertahan berjauhan dari keluarga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, David turut menyeru syarikat penerbangan untuk tidak bersikap mementingkan diri dan rakus.

“Boleh mahu berniaga dan menjana pendapatan, untuk menggantikan semula segala apa yang telah berlaku selama kita bersama COVID-19, namun jangan sampai bersifat zalim, menyiksa pengguna, kita semua untuk penerbangan domestik pastinya bertujuan untuk urusan pekerjaan, belajar dan untuk bertemu keluarga.

“Lainlah jika penerbangan antarabangsa, mau mahal, mahal lah tidak mengapa, sebab melancong ke luar negara adalah kemampuan yang luar biasa untuk mereka-mereka yang tidak mempunyai masalah kewangan dan ekonomi, dan untuk penerbangan domestik, adalah sangat tidak wajar, tolong peka dan faham keadaan pengguna kita,” ujar David lagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Skolar Next Level’ beri pendedahan guna teknologi AI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular