Hajiji hadir saksi majlis MoU projek skrin pengiklanan LED

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pelaksanaan Projek Skrin Pengiklanan LED.

MoU itu adalah diantara Yayasan Bumiputera Sabah Tenaga Sdn Bhd (YBS-TENAGA) yang merupakan anak syarikat Yayasan Bumiputera Sabah (YBS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Majlis pemeteraian MoU itu telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) disini semalam.

Sebanyak lima PBT terlibat,antaranya Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Keningau, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Penampang dan Majlis Perbandaran Tawau.

YBS TENAGA diwakili Pengerusi Kumpulan YBS, Senator Datuk John Ambrose dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) YBS, Asno Amat Muda, manakala PBT diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha Eksekutif Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran masing-masing.

Projek Skrin Pengiklanan LED itu merupakan projek berasaskan pengiklanan digital melibatkan kerjasama YBS TENAGA dan usahawan Bumiputera iaitu Yunus Property Consultant Sdn.Bhd dan rakan-rakan kerjasama lain.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyerahkan sumbangan YBS kepada tujuh badan amal iaitu Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Putatan, Rumah Anak Yatim Tambunan, Rumah Anak Yatim dan Miskin Tuaran, Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad Ranau, Persatuan Pengurusan Pusat Jagaan OKU Leshan, Pusat Anak Yatim dan Fakir Miskin Al Ain Keningau dan Rumah Anak Yatim As Sakinah Papar

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri lll / Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Sementara itu, YBS Tenaga Sdn Bhd turut menandatangani memorandum perjanjian (MOA) bersama Yunus Property Consultant Sdn Bhd dan OCK Berhad.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *