Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Peguam Negara Datuk Nor Asiah Mohd Yusof pada mesyuarat sidang video yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Menara Kinabalu hari ini

Kenaikan Pemberian Khas Untuk Sabah Adalah Petanda Baik – Hajiji

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan kenaikan Pemberian Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia satu perkembangan yang sangat baik untuk Sabah. Bagaimanapun, rundingan masih diteruskan 40 peratus seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Ia menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia untuk mendengar kami. Ini adalah petanda positif,” katanya, sambil menambah bahawa kenaikan empat kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta mulai tahun ini benar-benar memberi manfaat kepada Sabah.

“Ia pasti akan membantu untuk mendorong agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri menghadiri mesyuarat MA63 khususnya mengenai Pemberian Khas dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang video.

Turut hadir Menteri Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *