HomeIsu tempatanUMS agih 350 bakul makanan kepada penduduk Kampung Bolong Baru

UMS agih 350 bakul makanan kepada penduduk Kampung Bolong Baru

Read Time:39 Second

TUARAN : Sebanyak 350 bakul makanan diagihkan kepada penduduk Kampung Bolong Baru dalam satu Majlis Ihya Ramadan bersama Komuniti  anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Masjid Haji Sidek di sini, baru-baru ini.

Penyerahan tersebut sebagai salah satu usaha UMS bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19 sekali gus sebagai amal jariah sempena bulan Ramadan yang mulia.

Penyampaian disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Hadir sama, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, dan Pengerusi Masjid Haji Sidek, Mohd Hadri Mohd Dait.

Rahman kemudiannya berbuka bersama-sama penduduk sebelum menunaikan solat fardhu dan sunat Tarawih secara berjemaah di masjid berkenaan.

Ihya Ramadan Bersama Komuniti akan bertandang ke Masjid  Al Manshor, Kampung Tamau Kota Belud pada Sabtu ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya