HomeUtamaTiket penerbangan mahal, jejas kehadiran pelancong ke Sabah

Tiket penerbangan mahal, jejas kehadiran pelancong ke Sabah

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kenaikan harga tiket penerbangan ke Sabah yang melambung tinggi sehingga 500 peratus mengakibatkan kehadiran pelancong ke negeri ini tergendala dan terjejas khususnya selepas negara beralih ke fasa peralihan ke endemik sejak 1 April lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, kenaikan itu turut memberi keresahan kepada rakyat Sabah yang ingin pulang dari ibu negara khususnya pada musim perayaan selain terpaksa menangguhkan rancangan untuk pulang.

“Seperti yang kita sedia maklum, Sabah hanya boleh diakses melalui laluan udara iaitu penerbangan namun sejak kebelakangan ini kita menerima banyak rungutan dari penumpang tentang kenaikan harga tiket melambung naik sehingga 500 peratus.

“Pada mesyuarat jemaah menteri baru-baru ini, kerajaan negeri memandang serius berhubung perkara ini.  Kita minta Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk melihat dan berbincang dengan operator-operator penerbangan yang ada,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa kementeriannya disini hari ini.

Jafry berkata, pihaknya meminta agar pihak berkenaan untuk tidak menaikkan harga tiket penerbangan yang tinggi sesuai dengan keputusan jemaah menteri Sabah.

“Saya mengambil contoh pada hari ini, penerbangan daripada Kota Kinabalu ke Tawau mencecah sehinggan RM1,300. 

“Ini terlampau tinggi, jadi kalau boleh biarlah ianya sesuai dengan keputusan jemaah menteri Sabah yang telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor semalam,”katanya.

Dalam pada itu, Jafry yakin dan percaya Kerajaan Persekutuan khususnya menteri bertanggungjawab dapat melihat isu ini dengan sewajarnya.

“Saya juga berharap agar perkara ini dapat diperbaiki.  Kenaikan ini juga akan menjejaskan kehadiran pelancong ke Sabah selain menjejaskan industri pelancongan negeri ini.

“Selain itu, saya turut percaya kerajaan yang ada kini begitu prihatin dan akan memberi keutamaan kepada isu yang disuarakan rakyat khususnya dari Sabah,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KM minta tindakan profesional tangani isu di Sabah

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular