Duit syiling peringatan 50 tahun, manifestasi pencapaian, kejayaan penubuhan LKIM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 2 Second

PUCHONG :  Duit syiling peringatan 50 tahun penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) merupakan satu manifestasi pencapaian dan kejayaan lima abad penubuhan LKIM.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia adalah berteraskan kepada sifat dedikasi, kerja kuat dan kesungguhan kerjasama di antara nelayan dan LKIM.

Kataya, ianya juga akan dapat memastikan pembangunan industri perikanan dalam bergerak sedan dan efisyen.

“Kerajaan melalui LKIM sentiasa memainkan peranan yang penting dan berkesan dalam menjaga kebajikan serta terus memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi dan mengurangkan bebanan nelayan.

“Selain itu, Kerajaan melalui Pembentangan Bajet 2022 telah mengumumkan inisiatif padanan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) oleh PERKESO dengan pembiayaan sebanyak 80 peratus termasuklah sektor perikanan.

“Di bawah inisiatif ini, nelayan hanya perlu membayar baki 20 peratus caruman iaitu sebanyak RM46.60 sahaja melalui potongan ESHN dan layak menerima kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi daripada Pelan Pertama yang terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas melancarkan Duit Syiling Peringatan 50 Tahun LKIM di Wisma LKIM, Pulau Meranti, Puchong, disini semalam.

Dr Ronald berkata, Kerajaan melalui Kementeriannya dan LKIM akan terus memastikan kebajikan semua golongan sasar terutama keluarga nelayan sentiasa terbela serta memastikan kelangsungan dan kelancaran rantaian bekalan makanan terjamin.

Katanya, pihaknya melalui LKIM telah dan akan sentiasa memainkan peranan yang penting dan berkesan sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan, memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan.

“Ia termasuklah penumpuan kepada peningkatan pendapatan dan memajukan perusahaan perikanan negara serta  memastikan bekalan ikan mencukupi di seluruh negara,” katanya.

Duit Syiling 50 Tahun LKIM ini telah direka bentuk dan diterbitkan secara eksklusif oleh Bank Negara Malaysia khusus untuk LKIM sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun LKIM pada 1 November 2021.

Konsep utama  duit  syiling  ini  adalah  daripada  gabungan  warna  dan  kesan  khas  tiga dimensi (3D).

Ianya memberikan penekanan kepada warna biru laut sebagai gambaran bahawa laut adalah lubuk peluang, tempat yang menjadi sumber rezeki kepada para nelayan.

Kelihatan juga ukiran seorang nelayan sedang menarik pukatnya yang sarat dengan ikan segar, mencerminkan kehebatan tahap kemahiran dan pengalamannya.

Selain mengetengahkan elemen-elemen utama yang berkait rapat dengan industri perikanan, syiling ini juga turut mempunyai ukiran khas “50 Tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia”.

Ukiran ini disifatkan sebagai peristiwa penting bagi memperingati Sambutan 50 Tahun yang pastinya penuh sejarah sejak organisasi ini ditubuhkan pada tahun 1971, sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *