HomePolitikPencalonan Ismail Sabri sebagai PM cerminkan solidariti UMNO

Pencalonan Ismail Sabri sebagai PM cerminkan solidariti UMNO

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU :  Keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebulat suara menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memperlihatkan tahap solidariti luar biasa UMNO.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan yang dicapai itu juga menunjukkan kematangan pemimpin UMNO yang mengutamakan kesepakatan demi satu matlamat membentuk kerajaan yang stabil untuk kemakmuran negara.

“UMNO Sabah menerima baik cadangan ini dan sentiasa memberikan sokongan padu terhadap keputusan parti yang menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU ke-15,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Bung yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, solidariti ini mencerminkan sikap pemimpin UMNO yang lebih mengutamakan kepentingan negara dan parti melebihi daripada kepentingan peribadi.

“Keputusan itu sudah tentu dapat  mewujudkan elemen kestabilan bukan sahaja kepada imej parti, malah memperkukuhkan perspektif luar kepada masa hadapan politik Malaysia,” katanya.

Bung berkata UMNO  berbeza dengan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional  yang bercelaru dalam  menamakan calon Perdana Menteri mereka selepas PRU ke-15 kerana lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan negara.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan memaklumkan, MKT UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri menjelang PRU-15.

Bung menambah ,keputusan MKT UMNO ini memberikan ruang yang luas kepada Perdana Menteri untuk menyusun dan melaksanakan agenda bagi memenangi hati dan minda rakyat untuk memberikan sokongan kepada Umno/Barisan Nasional ketika menghadapi PRU ke-15 nanti.

Sehubungan dengan itu katanya, kepimpinan Umno di semua peringkat kini perlu lebih fokas untuk menyusun jentera dan gerak kerja parti bagi mempastikan kemenangan Umno/Barisan Nasional menghadapi PRU ke-15 akan datang.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Parti STAR yakin 100% guna logo GRS pada PRN17 – Dr...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular