HomeUtamaJBPM sedia hadapi endemik,musim perayaan

JBPM sedia hadapi endemik,musim perayaan

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah bersiap sedia bagi menghadapi fasa endemik dan musim perayaan.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Ts. Mohammad Hamdan Wahid berkata, berikutan pembukaan semula pintu sempadan negara, aktiviti sosial dalam semua sektor di negara ini dijangka meningkat terutama di musim perayaan.

“Oleh itu, bagi tujuan tersebut antara langkah siap siaga JBPM adalah dengan melancarkan Ops Raya Bomba yang akan dilancarkan pada 26 April di peringkat kebangsaan.

“JBPM juga sentiasa memastikan bahawa semua aset pemadaman kebakaran dan keanggotaan yang mencukupi serta kolaborasi bersama agensi dan komuniti lain akan terus dimantapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan Terpuji bagi tahun 2021 JBPM Sabah dan JBPM Wilayah Persekutuan Labuan, disini hari ini.

Hamdan berkata, arahan cuti raya anggota juga turut dibekukan sebanyak 20 peratus bagi memastikan jumlah keanggotaan mencukupi bagi menghadapi sebarang kes kecemasan di musim perayaan.

Katanya, JBPM akan turut membuat rondaan di kawasan-kawasan perumahan pada musim perayaan bagi memastikan tiada sebarang risiko kebakaran berlaku yang boleh memudaratkan komuniti dan penghuni rumah.

“Rondaan ini adalah bagi memastikan bangunan-bangunan kediaman ini berada dalam keadaan selamat dan mengenal pasti sebarang risiko kebakaran yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku supaya tindakan segera dapat diambil oleh JBPM.

“Bagi mereka yang mahu pulang beraya, pastikan aspek keselamatan peralatan rumah diperiksa serta diambil perhatian dan kenderaan berada dalam keadaan yang terbaik,” katanya.

Dalam majlis tersebut, seramai 112 pegawai JBPM Sabah dan Labuan menerima anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Perkhidmatan Terpuji bagi tahun 2021 yang terdiri daripada 73 pegawai dari JBPM Sabah, 15 pegawai dari JBPM Labuan dan 24 Pegawai Bomba Bantuan (PBB) menerima Sijil Perkhidmatan Terpuji.

Turut diadakan, sesi penyampaian Anak Angkat JBPM Sabah kepada adik Ayon Manson, 13, yang viral berjalan kaki selama tiga jam daripada rumahnya hanya untuk ke sekolah. 

Hadir sama,Pengarah JBPM Sabah, Abdul Razak Muda dan Pengarah JBPM Labuan, Ismaidi Ismail.

Terdahulu, Mohammad Hamdan menyampaikan amanatnya kepada 148 pelatih Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Sabah.

Semua pelatih terbabit dijangka akan tamat latihan pada 14 Julai depan selepas melapor diri pada 7 Februari lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular