HomePolitikUMNO, BN Sabah bincang pembahagian kerusi elak pertembungan bersama GRS

UMNO, BN Sabah bincang pembahagian kerusi elak pertembungan bersama GRS

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah akan mengadakan perbincangan bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan tiada sebarang pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, perbincangan itu perlu dilaksanakan bagi memastikan kestabilan dan keharmonian politik di negeri ini akan dapat terus dipertahankan.

“Kita di Sabah ada 25 kerusi (Parlimen), jadi kita akan duduk berbincang bersama pemimpin negeri Sabah dalam GRS untuk memastikan tiada pertembungan diantara parti-parti dalam GRS, kalau boleh dielakkan, kita elakkan.

“Cuma saya melihat trend hari ini masing-masing ingin menuntut kerusi yang banyak, perkara ini bukan mudah untuk dibincang tetapi kita akan duduk bersama dengan PBS (Parti Bersatu Sabah); STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk kita meredakan keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Media disini hari ini.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, jika berlaku pertembungan semua parti dalam GRS-BN sudah pasti kerajaan negeri akan tergugat keharmonian dalam GRS itu nanti.

“Oleh itu, kita tidak mahu ini berlaku dan mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan.

“Sebab kita melihat ini bukan mudah untuk dibincang tetapi saya akan kemukakan cadangan-cadangan ini nanti,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kedudukan memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang berakhir 31 Julai 2022 yang tidak akan diteruskan lagi, Bung berkata, pilihan raya hendaklah diadakan selepas MoU berkenaan tamat.

Katanya, keperluan untuk mengadakan pilihan raya itu adalah untuk membentuk sebuah kerajaan yang mantap dan kuat selain boleh membangunkan ekonomi negara, rakyat seterusnya menstabilkan keadaan negara kita.

“Kita melihat pilihan raya ini bukanlah atas kehendak untuk membentuk kerajaan semata-mata tetapi kita melihat perkembangan ekonomi negara, pelaburan asing yang datang tidak seperti yang diharapkan disebabkan kestabilan politik yang tidak menentu,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya