Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan kepada para asnaf di majlis itu.

Kerajaan GRS-BN Sudah Siap Sedia Hadapi PRU

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 5 Second

SANDAKAN: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau yakin dengan kerjasama dan perpaduan utuh dalam GRS-BN, calon yang dipilih bertanding akan memenangi kerusi parlimen Batu Sapi.

Hajiji berkata demikian semasa menghadiri Majlis Iftar Rakyat Bersama Masyarakat Batu Sapi di perkarangan Masjid Wasatiyyah, di sini hari ini.

“Amat penting kita bersatu padu bersama-sama menghadapi PRU. Jangan kita terus bertelaga dan berpecah diantara satu sama yang lain,” tegasnya.
.
Hajiji yang juga merupakan Pengerusi GRS dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah berkata, Kerajaan GRS-BN akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri.Sabah, agar negeri ini tidak tertinggal dalam aspek pembangunan.

Terdahulu, Hajiji turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di majlis anjuran parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Batu Sapi.

Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Samad Jamri, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Mokran Ingkat, Setiausaha BERSATU Sabah, Datuk Mohamed Razali Razi, Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar, ketua-ketua jabatan dan pemimpin parti-parti komponen GRS, BN dan badan bukan kerajaan (NGO).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *