HomePolitikUMNO Sepanggar sedia tanding, tawan semula kerusi Parlimen Sepanggar pada PRU-15

UMNO Sepanggar sedia tanding, tawan semula kerusi Parlimen Sepanggar pada PRU-15

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: UMNO Sabah melahirkan keyakinan mampu menawan kembali kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berdasarkan situasi semasa rakyat yang kini kembali memilih kepada Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan, berkata, UMNO Sepanggar berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada calon diputuskan pucuk pimpinan nanti sekali gus memastikan menang dengan majoriti besar pada PRU15 nanti.

Katanya, selera pengundi Sepanggar kini lebih cenderung kepada BN apabila dibuktikan dengan beberapa kajian dijalankan khususnya di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Sepanggar.

“Kita bukan bercakap besar, tapi ini merupakan realiti apabila pengundi muak dengan keadaan senario politik yang tidak stabil menyebabkan rakyat menderita.

“Rakyat inginkan kerajaan yang stabil disamping calon Ahli Parlimennya bersama-sama dalam kerajaan agar pembangunan serta permasalahan rakyat akan dapat dinikmati rakyat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat dan Bengkel Persiapan Jentera PRU15 serta Majlis Berbuka Puasa Anjuran UMNO Bahagian Sepanggar di sini semalam.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beberapa persiapan ke arah PRU15 sedang giat dijalankan bagi memastikan hasrat menawan kerusi Parlimen Sepanggar dapat direalisasikan pada PRU15 nanti.

“UMNO Sepanggar bekerja bukan bermusim malah sentiasa mendampingi rakyat tanpa mengira latar belakang politik menyebabkan faktor utama mereka yakin BN adalah pilihan tepat,” katanya.

Ketika berucap dalam taklimat tersebut Yakub merupakan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar berkata, semua gerak kerja perlu diaktifkan segera bagi memastikan jentera pilihan raya dapat beroperasi dalam tempoh terdekat.

“Signal PRU15 semakin dekat…semua jentera perlu bersiap sedia dengan tugas hakiki mereka. Kita yakin UMNO sangat berpengalaman dalam kerja-kerja PRU selepas berhadapan dengan beberapa siri pilihan raya,” katanya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Parti STAR yakin 100% guna logo GRS pada PRN17 – Dr...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular