HomeUtama20 asnaf terima sumbangan Aidilfitri

20 asnaf terima sumbangan Aidilfitri

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU :  Seramai 20 orang asnaf sekitar Penampang dan Kota Kinabalu menerima sumbangan sempena sambutan Aidilfitri. 

Sumbangan tersebut disampaikan Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif  pada Majlis Nuzul Quran Peringkat Negeri Sabah 1443H/2022M di Masjid Negeri, disini semalam.

“Melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), kita telah menyediakan lebih RM10 juta untuk bantuan Ramadan dan Aidilfitri bagi golongan asnaf di seluruh Sabah.

“Ini merupakan sebahagian daripada sumbangan untuk golongan asnaf,fakir miskin dan mualaf sempena bulan ramadan ini,” katanya.

Hadir sama memberi sumbangan Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih@Liasnih.

Selain itu, turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin  Datuk Dr. Yusuf Yacob,  ADUN Pintasan Fairuz Renddan, Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Datuk Saifulzaman Sangul, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya