HomeUtamaRegatta Lepa kembali diadakan Mei depan

Regatta Lepa kembali diadakan Mei depan

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU :  Dua tarikh dicadangkan untuk pelaksanaan penganjuran Pesta Regatta Lepa Semporna yang ke-29 yang dijangka akan diadakan pada Mei tahun ini.

Pegawai Daerah Semporna, Juraimin Jadil berkata, tarikh-tarikh yang dicadangkan adalah pada 20 hingga 22 Mei atau 28 hingga 30 Mei depan.

Katanya, cadangan itu adalah untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

“Sudah dua tahun pesta ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh penularan COVID-19.  Kita sedia maklum, ada beberapa perayaan di peringkat negeri terpaksa dibatalkan dan kita akur dengan keputusan kerajaan negeri.

“Ini kerana ianya melibatkan beberapa agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi ulasan.  Kita berharap semoga acara ini diperkenankan kerana masyarakat Semporna ternanti-nanti  untuk menyaksikan regatta lepa ini,” katanya.

Katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini hari ini.

Juraimin berkata, kerajaan mengalu-alukan pembukaan sempadan dan percaya pesta berkenaan akan dihadiri ramai pelancong luar, selain masyarakat setempat dengan beberapa acara pengisian.

“Kita akan buat secara terbuka Pertandingan Regatta Lepa, Lami Lami dan Malam Sukan Laut,” katanya. 

Hadir sama, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Khairudin Saidi dan PPM Senallang, Adam Shah Mohammad.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya