Read Time:23 Second
KUALA LUMPUR: Qatar berminat untuk meneroka potensi pelaburan Sabah dan bidang kerjasama lain termasuk minyak dan gas, pertanian dan pelancongan.
Duta Besar Qatar ke Malaysia TYT Fahad Mohammed Kafoud menyatakan demikian kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semasa kunjungan hormat beliau pada Selasa.
Fahad berkata, beliau akan menganjurkan delegasi perdagangan ke Sabah untuk tujuan ini.
Dalam pertemuan itu, Hajiji dan Fahad bercakap panjang lebar mengenai pelbagai isu serta cara Sabah dan Qatar boleh bekerjasama.