HomeIsu tempatanSeorang Kanak-Kanak Perempuan Rentung Dalam Kebakaran Di Kg Sabah Baru, Lahad Datu

Seorang Kanak-Kanak Perempuan Rentung Dalam Kebakaran Di Kg Sabah Baru, Lahad Datu

Read Time:47 Second

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui rentung dalam satu kebakaran melibatkan 30 buah rumah di Kg Sabah Baru dekat sini pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 9.52 pagi tadi.(19 April)

Sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian dan mendapati kebakaran memusnahkan 30 buah rumah jenis tidak kekal di Kg Sabah Baru, Lahad Datu .

Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sumber air terbuka iaitu air Laut dan parit.

Menurut kenyataan itu, terdapat seorang mangsa kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui rentung dalam kejadian kebakaran itu.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Antara agensi lain yang terlibat membantu di lokasi kejadian iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)

Operasi terkawal pada jam 10:55 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 petang tadi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular