HomeUtamaPesakit Hospital Queen Elizabeth terpaksa dipindahkan

Pesakit Hospital Queen Elizabeth terpaksa dipindahkan

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Sebahagian pesakit di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, terpaksa dipindahkan ke hospital lain berikutan gangguan bekalan elektrik yang bermula tengah hari semalam dan berlarutan hingga malam tadi.

Menerusi satu kenyataan malam tadi, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, berkata pemindahan pesakit ke HQE II itu terpaksa dilakukan terutama yang membabitkan kes pembedahan.

“Bagi memastikan perkhidmatan rawatan di HQE tidak terjejas, pelan kontingensi dilaksanakan dengan menghantar sebahagian pesakit ke HQE II.

“Kes-kes pembedahan juga dipindahkan ke HOE II. Pada jam 8 malam (tadi) selepas dua set janakuasa mudah alih berfungsi, semua wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah mendapat bekalan elektrik, kecuali dewan bedah,” katanya.

Beliau berkata, gangguan bekalan elektrik di HQE bermula jam 11.54 pagi semalam membabitkan semua fasiliti di menara berkembar, klinik pakar dan blok bangunan perubatan lama hospital itu.

Katanya, syarikat konsesi yang menyediakan perkhidmatan sokongan hospital, Sedafiat Sdn Bhd kemudian mendapatkan bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) jam 12.29 tengah hari bagi mencari punca gangguan dan menjalankan pemulihan bekalan.

Punca gangguan bagaimanapun belum dikenal pasti, namun pemulihan bekalan dilaksanakan segera menggunakan dua set janakuasa sedia ada di HQE bagi menampung bekalan elektrik di bangunan yang terjejas.

“Tindakan segera HQE dan JKNS serta syarikat konsesi adalah mendapatkan set janakuasa tambahan sebagai sokongan untuk janakuasa HQE sedia ada.

“SESB memberi bantuan dua set janakuasa mudah alih dari SESB Melawa, Sepanggar dan Polis Trafik Sabah membantu mengiringi kenderaan yang membawa janakuasa terbabit bagi melancarkan perjalanan ke HQE,” katanya.

Beliau berkata, setakat lewat malam tadi SESB dan syarikat konsesi masih membaikpulih kabel elektrik yang tidak berfungsi.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular