HomeIsu tempatanUMS agih 1,500 bubur lambuk

UMS agih 1,500 bubur lambuk

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk diagihkan kepada pelajar dan kakitangan serta orang awam dalam program ‘Bah, Sungkai kita Bubur Lambuk!’ di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

Program anjuran bersama Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd. itu merupakan salah satu usaha mengeratkan hubungan silaturahim antara warga UMS dan orang awam melalui amalan bersedekah sempena bulan Ramadan.

Agihan disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin di pintu utama UMS.

Program yang mendapat kerjasama Pusat Minda Lestari (PML), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Fakulti Pengajian Islam (FIS) dan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) UMS itu juga turut mengagihkan pek bubur lambuk ke pejabat-pejabat pentadbiran serta kolej kediaman pelajar.

Turut serta dalam agihan tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Profesor Dr. Raman Noordin; Pendaftar UMS, Luqman Ridha; Pengarah PML, Dr. Suwaibah Zakaria serta Dekan FIS, Profesor Dr. Mohd Dahlan A Malek.

Hadir bersama, Pengurus Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd., Muhamad Zahari Muhd Nasir.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya