Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada para penerima di majlis itu.

Hajiji Serah Sumbangan Ramadan Dan Aidilfitri Kawasan Parlimen Tuaran

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:55 Second

TUARAN: Seramai 180 orang menerima sumbangan berupa bakul makanan dan duit Raya di kawasan Parlimen Tuaran di Tembaraku, Kampung Serusup, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri kepada anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU), mualaf, pengerusi dan imam-imam masjid serta surau kawasan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada para penerima di majlis itu.- Foto ihsan JKM.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada para penerima di majlis itu.- Foto ihsan JKM.

Sementara itu sebanyak 28 buah masjid dan 25 buah surau turut menerima sumbangan kurma.

Setiap masjid menerima tujuh kotak kurma manakala surau menerima lima kotak kurma untuk diagih-agihkan kepada jemaah.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, sumbangan itu serba sedikit dapat membantu meringankan sedikit beban golongan penerima menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Hadir sama Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abd Kassim Razali, Pegawai Daerah Tuaran, Syahrin Samsir, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran, Jamlin Ladin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sulaman, Murneh Lamsari.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *