HomeUtamaMAFI peruntuk RM9.93 juta bantu peladang MADA terjejas banjir

MAFI peruntuk RM9.93 juta bantu peladang MADA terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 29 Second

JITRA:  Seramai 5,931 peladang di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang terjejas banjir dan padi rebah pada September dan November lalu menerima pampasan berjumlah RM8.63 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Kelulusan ini merupakan tambahan kepada kelulusan awal sebanyak RM1.3 juta yang diluluskan pada tahun ini bagi Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) Mei dan September 2021 bagi Kawasan MADA Negeri Perlis melibatkan seramai 956 orang peladang MADA untuk kawasan seluas 840.6 hektar.

Penyampaian bantuan disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Perlis pada April lalu menjadikan keseluruhan peruntukkan yang diluluskan sebanyak RM9.93 juta melibatkan 6,887 peladang di seluruh kawasan Muda.

Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) Bulan September dan November 2021 bagi kawasan MADA semalam disempurnakan Menteri MAFI Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, melibatkan peruntukan sebanyak RM876 per hektar manakala bagi pokok padi yang berusia 71 hari keatas, bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,800 per hektar.

Untuk rekod, Tabung Bencana Tanaman Padi diwujudkan oleh MAFI sebagai bantuan khas kepada penanam-penanam padi yang menghadapi bencana luar jangka seperti serangan wabak, bencana alam dan lain-lain faktor yang tidak dapat dielakkan.

Kejadian banjir disebabkan oleh turunan hujan lebat yang berlaku pada bulan September lepas selain kejadian ribut pada November berikutnya di keseluruhan Kawasan Muda telah menyebabkan aliran air menjadi tinggi dan banjir mengakibatkan tanaman padi rebah.

Dalam majlis penyampaian bantuan ini peladang turut disaran untuk mematuhi jadual penanaman padi yang dikeluarkan oleh MADA bagi mengurangkan risiko banjir.

Mereka turut dinasihatkan untuk menyelesaikan aktiviti menabur sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi mengelakkan kelewatan kemudahan pengurusan bekalan pengairan untuk pertanian.

Peladang juga dipohon untuk mengoptimum penggunaan air daripada turunan hujan di kawasan bendang untuk aktiviti penanaman padi selain penggunaan Benih Padi Sah (BPS).

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya