HomeUtamaCOVID-19 : Kluster Institusi Pendidikan kembali diisytiharkan di Sabah

COVID-19 : Kluster Institusi Pendidikan kembali diisytiharkan di Sabah

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Sabah merekodkan satu kluster baharu dalam kategori Institusi Pendidikan yang diisytiharkan di Lahad Datu pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Jalan Segama Lahad Datu itu melibatkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Lahad Datu.

Katanya, kes indeks adalah seorang lelaki berusia 16 tahun dan merupakan seorang pelajar asrama tingkatan empat di sekolah berkenaan.

“Kes indeks mula bergejala pada 18 April lalu dan menjalani saringan pada hari yang sama seterusnya didapati positif.

“Saringan terhadap kontak rapat (rakan seasrama) mendapati 38 pelajar lagi telah dijangkiti menjadikan jumlah pelajar yang positif setakat ini sebanyak 39 orang. Semua yang terlibat telah diasingkan dan diberikan rawatan yang selanjutnya,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kluster yang merekodkan 39 kes itu turut menjadi antara faktor kepada jumlah jangkitan baharu di Sabah yang melonjak naik kepada 149 kes pada hari ini dengan pertambahan 64 kes berbanding semalam.

Katanya, selain itu, faktor jumlah daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu bertambah daripada lapan daerah semalam kepada 17 daerah hari ini menjadi punca angka kes jangkitan menjadi tiga angka.

“Cuma enam daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih rendah daripada sebelumnya,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, empat daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Lahad Datu 40 kes (+36), Sandakan 18 kes (+11), Kota Kinabalu 13 kes  (-14) dan Penampang 10 kes (+7).

Katanya, sebanyak 19 daerah mencatatkan kes satu angka dengan 14 daerah merekodkan kes baharu kurang daripada lima kes, manakala empat daerah lain iaitu Kota Marudu, Kunak, Nabawan dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini.

“Seramai 141 orang daripada 149 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, empat orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang pesakit dalam Kategori 5,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya