HomeUtamaKenal pasti penerima yang benar-benar layak - Hajiji

Kenal pasti penerima yang benar-benar layak – Hajiji

Read Time:1 Minute, 27 Second

TUARAN : Kerajaan negeri mahu Pegawai Daerah, Presiden Majlis Perbandaran dan Mayor bandar raya mengenal pasti individu yang benar-benar layak untuk menerima bantuan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rumah yang dianggarkan bernilai RM70,000 setiap satu itu akan diberikan secara percuma kepada rakyat yang memerlukan di negeri ini.

Katanya, pembinaan Rumah Mesra SMJ itu akan menggunakan peruntukan melalui pemberian khas yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM125.6 juta bagi tahun ini.

“Peruntukan ini kita kena bagi balik kepada rakyat Sabah khususnya mereka yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai rumah yang selesa.

“Justeru itu, saya telah memutuskan bahawa peruntukan ini kita akan gunakan untuk membina rumah yang kita panggil sebagai Rumah Mesra SMJ,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada anak-anak yatim, orang kelainan upaya (OKU), mualaf, pengerusi dan imam-imana masjid dan surau kawasan Parlimen Tuaran disini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Persekutuan turut memberikan bantuan bagi membina rumah dibawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) setiap tahun di negeri ini.

“Peruntukan itu juga kita gunakan untuk Rumah Mesra SMJ.  Konsep dan pembinaannya sama dengan PPRT cuma kita tukar nama dengan memanggil Rumah Mesra SMJ.

“Kita akan agihkan peruntukkan untuk membina rumah ini kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.  Apabila diagihkan nanti kita minta Pegawai Daerah, Presiden Majlis Perbandaran dan Mayor bandar raya untuk memilih mereka yang benar-benar layak untuk menerima bantuan ini,” katanya.

Katanya, pemberian Rumah Mesra SMJ ini juga adalah bertujuan untuk memberi keselesaan kepada rakyat dengan mempunyai rumah yang selesa.

“Spesifikasi rumah ini mungkin kita akan ubah daripada PPRT sekarang. Ini kerana kita mahu beri keselesaan melalui apa yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya