HomeIsu tempatanPolis Siasat Video Tular Dua Budak Lelaki Letak Objek Tajam Di Permukaan...

Polis Siasat Video Tular Dua Budak Lelaki Letak Objek Tajam Di Permukaan Jalan Raya

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan kejadian dua orang budak lelaki yang disyaki meletakkan sesuatu objek tajam di permukaan jalan raya di bandaraya Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihak polis telah mengambil tindakan mengesan kedua budak itu tetapi masih belum ditemui.

“Setakat ini belum ada mana-mana pihak membuat laporan polis berkaitan kes kenderaan mereka terlanggar sebarang objek tajam di lokasi dimaksudkan

“Pihak polis IPD Kota Kinabalu juga telah operasi dan pemeriksaan di jalan-jalan utama dalam bandaraya kota kinabalu.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada sesiapa sahaja jika ada sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang termasuk yang menganggu lalulintas,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Polis Daerah Kota Kinabalu memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan untuk tampil memberikan maklumat yang boleh disalurkan terus di talian 088-529222.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya