HomeUtamaPolis Berjaya Tahan Saspek Penipuan Jual Beli Kucing Babit Kerugian 11 Ribu...

Polis Berjaya Tahan Saspek Penipuan Jual Beli Kucing Babit Kerugian 11 Ribu Ringgit

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu — Polis berjaya menyelesaikan kes penipuan jual beli kucing membabitkan kerugian 11 Ribu Ringgit. 

Menurut Bahagian Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Sabah, Pasukan itu telah membuat tangkapan terhadap seorang perempuan tempatan yang terlibat dalam kes Penipuan jual beli Kucing melalui Facebook. 

“ Saspek yang ditangkap merupakan pemilik akaun yang akhirnya mengakui telah memberikan kad ATM miliknya kepada seorang lelaki yang juga tunangnya.

Menurut pasukan itu lagi tangkapan susulan terhadap lelaki tersebut dilakukan dan hasil risikan mendapati lelaki ini merupakan orang tengah kepada sindiket penipuan yang mana lelaki ini menggunakan akaun bank milik tunangnya untuk menerima wang kegiatan penipuan sebelum di pindahkan ke beberapa akaun luar negara. 

“ Lelaki ini juga mengakui telah bekerjasama dengan sindiket luar negara untuk menjalankan aktiviti jenayah penipuan dengan menjadi perantara pindahan wang hasil daripada penipuan. 

Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan

Polis juga menasihatkan agar orang  tidak mengongsikan maklumat perbankan serta maklumat peribadi yang lain kerana boleh mendedahkan diri dengan jenayah penipuan secara dalam talian dan jenayah penipuan lain secara langsung. 

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya