UMS agih zakat dan bantuan kewangan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Seramai 220 orang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) golongan B40 dan  asnaf menerima agihan zakat dan bantuan kewangan dari UMS.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Chm. Ts. Dr. Taufik Yap Yun Hin berkata, daripada jumlah itu seramai 100 orang siswa siswi dan 30 kakitangan menerima sumbangan zakat daripada Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berjumlah RM38,000.

“Tabung Haji turut memberi sumbangan kewangan berjumlah RM45,000 kepada 90 orang pelajar. 

“Universiti berharap bantuan ini dapat mengurangkan beban para pelajar khususnya dalam menghadapi pelajaran dan keperluan hidup di dalam kampus, seterusnya melalui pengajian dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Perdana UMS Tahun 2022 disini kelmarin.

Taufiq berkata, pihak universiti akan sedaya upaya membantu para pelajar dan kakitangan yang berada dalam kesukaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *