HomeUtamaHajiji Hadiri Majlis Iftar Perdana Bersama OKU & Asnaf

Hajiji Hadiri Majlis Iftar Perdana Bersama OKU & Asnaf

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Seramai 119 orang kelainan upaya (OKU) dan 46 asnaf diraikan secara berbuka puasa bersama-sama rakan, guru dan keluarga pada program Majlis Iftar Perdana Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Hadari Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK), di sini, hari ini.

Majlis itu merupakan kali ke 6 dianjurkan oleh MBRKK.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahkan sumbangan Bahagian Zakat dan Fitra MUIS kepada Akademi QurANIS Al-Mubarak di majlis itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahkan sumbangan Bahagian Zakat dan Fitra MUIS kepada Akademi QurANIS Al-Mubarak di majlis itu.

Hajiji turut menyerahkan duit raya kepada pelajar anak istimewa, warga OKU, golongan asnaf dan pelajar Akademi QurANIS Al-Mubarak.

Beliau juga menyaksikan menyerahkan sumbangan sebanyak RM40,000 daripada Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi QurANIS Al-Mubarak.

Majlis Iftar Perdana diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam dalam menyantuni anak-anak istimewa warga OKU dan golongan Asnaf, disamping memberi kesempatan untuk bersedekah di bulan Ramadan.

Hadir sama ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd.Arifin Mohd.Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Yakub Khan, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Haji Jaafar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul, Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ramlan Awang Ali dan Pengerusi MBRKK, Datuk Ab Jamal Tun Dr. Sakaran.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya