‘Lest We Forget’ Memperingati Pejuang Perang Dunia Kedua

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Acara memperingati pejuang yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua ‘Lest We Forget’ berlangsung di Taman Memorial Anzac, Jalan Tugu disini semalam.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan mendahului senarai bagi acara memperingati pejuang yang gugur dengan meletakkan kalungan bunga pada tugu tersebut, diikuti Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Hennah Birdsey. 

Sambutan dimulakan dengan acara tabik hormat, disusuli tiupan Last Post dan bertafakur selama seminit bagi memberikan penghormatan kepada mereka yang telah gugur dan diakhiri dengan tiupan Rouse.

Sebanyak 13 kontinjen terlibat membabitkan 403 orang yang terdiri daripada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan sebagainya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kewangan, Lifred Wong, Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Kuala Lumpur, Julian Tollestrup Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Hennah Birdsey dan wakil Setiausaha Kerajaan Negeri, Susanna Chiew.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.