HomeIsu tempatanKomitmen BSMM,ICRC perlu terus dimantapkan

Komitmen BSMM,ICRC perlu terus dimantapkan

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU:  Komitmen sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) perlu terus dimantapkan bagi tujuan melaksanakan program serta aktiviti kemanusiaan khususnya di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, Kerajaan juga sentiasa memberi sokongan kepada BSMM dan ICRC untuk melaksanakan program kemanusiaan di negeri ini.

“Usaha BSMM dan ICRC masuk ke daerah-daerah bagi menjayakan program kemanusiaan harus disokong penuh bagi memenuhi keperluan penduduk khususnya di kawasan pedalaman.

Shahelmey Yahya

“Saya juga difahamkan sepanjang Pandemik COVID-19, BSMM dan ICRC telah membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan program vaksinasi, kempen derma darah dan siri program bakul makanan untuk masyarakat luar bandar yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Iftar Ramadan BSMM dan ICRC di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar, Ketua Deligasi ICRC Kuala Lumpur, Biljana Milosevic serta Ketua ICRC Kota Kinabalu, Donnie Leong.

Shahelmey berkata, pihaknya berharap semangat serta komitmen untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam jiwa sukarelawan BSMM tidak akan padam.

Katanya, ianya perlu terus diperkasakan oleh sukarelawan BSMM dan ICRC di negeri ini.

“Saya turut gembira dengan komitmen serta kerjasama erat di antara kedua-dua organisasi ini melalui Program Pertolongan Cemas Harmonisasi serta Program Promosi Kesihatan dan Kebersihan yang memberi tumpuan kepada komuniti kampung dan murid sekolah di kawasan pedalaman negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi BSMM Negeri Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung  berkata, program tersebut merupakan acara tahunan anjuran bersama BSMM dan ICRC Sabah namun tertangguh selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.

“Program ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan sukarelawan BSMM dan ICRC dengan agensi kerajaan dan pihak media yang telah banyak menymbang kepada tercapainya usaha-usaha mensejahterakan rakyat luar bandar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya