HomeUtamaWisma MUIS kembali jadi tumpuan orang ramai cari kelengkapan Aidilfitri

Wisma MUIS kembali jadi tumpuan orang ramai cari kelengkapan Aidilfitri

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU : Orang ramai mengambil kesempatan pada cuti hujung minggu untuk membeli-belah barangan keperluan dan kelengkapan bagi menyambut lebaran yang akan menjelang tiba lebih kurang seminggu lagi.

Malah kemeriahan dan keterujaan orang ramai untuk menyambut Aidilfitri tahun ini kembali terasa dengan beberapa kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan pada fasa peralihan ke endemik bermula 1 April yang lalu.

Selain pusat membeli-belah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut kembali menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli keperluan persiapan raya selepas hampir dua tahun tidak ada operasi perniagaan berikutan pandemik COVID-19.

Tinjauan Sabah Media di Wisma MUIS pagi tadi, orang ramai mula datang berkunjung seawal jam 8.30 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan seperti pakaian, songkok, tudung, kuih raya dan pelbagai barangan lain.

Bagi Suzyati Gatah,40, berkata, dia bersama suami dan anak datang ke Wisma MUIS bagi mendapatkan keperluan Aidilfitri khususnya kuih muih yang dijual pada harga berpatutan.

“Hari ini kami datang untuk melihat keperluan persiapan raya seperti kuih, baju.  Berbanding tahun sebelum ini, kita tidak dapat beraya kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi tahun ini kami ambil kesempatan untuk meraikan.

Suzyati Gatah

“Persiapan kami baru 60 peratus siap.  Sini banyak kuih-muih, selain harga berpatutan, para peniaga juga ada memberi diskaun seperti tiga baling dengan harga cuma RM100,” katanya yang berasal dari Papar.

Beliau turut mengakui rasa teruja untuk menyambut Aidilfitri tahun ini selepas negara beralih ke fasa peralihan ke endemik.

Bagi Mohd Zahrin Dinin,43, berkata, beliau bersama keluarga telah datang ke Kota Kinabalu dari Beaufort sejak semalam bagi membawa isteri dan anak-anak mendapatkan keperluan Aidilfitri.

“Saya dan keluarga sejak semalam sudah datang ke bandar raya Kota Kinabalu ini untuk membeli-belah.  Jadi kebetulan hari ini hari minggu, saya membawa keluarga untuk membeli baju raya selain melihat keperluan lain.

Mohd Zahrin Dinin

“Wisma MUIS menjadi pilihan sebab ramai orang, pilihan pakaian dan keperluan lain juga ada serta harga juga berpatutan,” katanya.

Katanya, hanya tinggal 10 peratus sahaja lagi persiapan Aidilfitri untuk dilengkapkan manakala yang lain telah pun selesai.

“Setiap tahun, saya dan isteri memang beraya di kampung kerana hanya bersebelahan sahaja dan tahun ini perayaan akan lebih meriah sebab keluarga pun ramai yang balik kampung,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Laluan berhampiran Menara Kinabalu ditutup sebahagian 31 Disember ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular