HomeUtamaFELCRA Berhad agih bayaran kepada 73,000 peserta seluruh negara

FELCRA Berhad agih bayaran kepada 73,000 peserta seluruh negara

Read Time:1 Minute, 39 Second

SANDAKAN: Seramai hampir 73,000 orang peserta FELCRA Berhad seluruh Malaysia bakal menikmati pembayaran Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 Projek-projek Peserta FELCRA Malaysia 2021 dengan jumlah keseluruhan RM136.4juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pengurusan perladangan yang efektik dan sistematik dengan usaha penambahbaikan proses aliran kerja, peningkatan penggunaan jentera dan alatan mekanisasi di ladang-ladang yang diurus FELCRA merupakan faktor utama yang mempengaruhi jumlah pembayaran memberangsangkan ini.

Katanya, ianya juga termasuk pengenalan beberapa aspek automasi seperti penggunaan dron dan pemantauan pertanian.

“Berikutan prestasi yang membanggakan ini, Kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia ke 12 (RMKe12), meyakini kemampuan FELCRA serta telah meluluskan pembayaran bagi peruntukan geran berjumlah RM161.6juta.

“Peruntukan itu adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pelengkapan kampung iaitu amenities sosial, premis perniagaan, pelancongan desa, communities’ engagement, program tanam semula dan penambahbaikan infrastruktur ladang di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2, Projek Peserta-Peserta FELCRA Berhad di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Jafry Ariffin, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Mahdzir berkata, pembayaran telah mula dibuat bermula 22 April yang lalu dan dijangka akan selesai keseluruhan pembayaran pada pertengahan minggu ini.

Katanya, jumlah berkenaan akan melengkapi keseluruhan pembayaran agihan keuntungan bagi tahun 2021.

“Peserta bakal menerima agihan akhir lebihan keuntungan tahun 2021 ini pada kadar purata RM2,755 per hektar atau RM1,115 per ekar.

“50 peratus atau Fasa 1 dari jumlah keseluruhan tersebut telah dinikmati oleh para peserta pada bulan Februari yang lalu,” katanya.

Pada majlis yang sama Mahdzir  turut menyampaikan replika cek Agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 bagi Negeri Sabah dan Daerah Sandakan, replika cek Peruntukan Geran Pembangunan Kerajaan RP2 RMKe-12 FELCRA Berhad Wilayah Sabah dan sumbangan berjumlah RM3ribu kepada Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya