HomeIsu tempatanMaritim Labuan Rampas Dadah Terapung Di Perairan Sipitang

Maritim Labuan Rampas Dadah Terapung Di Perairan Sipitang

Read Time:1 Minute, 10 Second

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan telah menjumpai dua bungkusan dadah disyaki jenis syabu yang telah dicampak ke laut di perairan Sipitang, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, pada jam lebih kurang 2:30 pagi, bot peronda yang sedang dalam penugasan rondaan OPS BENTENG dan OP KHAS PAGAR LAUT 1/2022 di perairan Brunei Bay dan Sipitang telah mengesan sebuah bot yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan.

Pasukan Maritim menjumpai bungkusan disyaki dadah jenis syabu terapung di perairan Sipitang.- Foto ihsan Maritim Malaysia
Dadah jenis syabu yang dijumpai terapung di perairan Sipitang.- Foto ihsan Maritim Malaysia

“Sebaik dihampiri, juragan bot berkenaan telah membuang sebuah bungkusan ke laut dan terus memecut melarikan diri.

“Bot peronda melakukan pengejaran namun terbatas berikutan faktor perairan cetek. Bot peronda kemudian berpatah balik untuk mengesan bungkusan yang dibuang.

“Hasil pencarian menemukan sebuah bungkusan plastik berwarna putih yang mengandungi dua paket dadah dipercayai jenis syabu,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nudin, Dadah dengan anggaran berat 49 gram itu dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Komuniti maritim dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah termaktub didalam perlembagaan bagi mengelakkan diri daripada terbabit dengan sebarang salah laku di perairan negara.

“Laporkan maklumat berkaitan jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya