HomeSukanHatrik Amri Yahya bantu Sabah FC menang besar

Hatrik Amri Yahya bantu Sabah FC menang besar

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Jaringan hatrik penyerang berpengalaman Sabah FC, Amri Yahyah berjaya membantu skuad Badak memperoleh kemenangan besar 4-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi Liga Super di Stadium Likas disini malam tadi.

Ini termasuk satu gol disumbangkan pemain import dari Korea Selatan Park Taesu pada minit ke-56.

Gol yang dijaringkan Amri dihasilkan pada babak kedua perlawanan masing-masing pada minit ke-51,61 dan 71 membolehkan Sabah FC kembali bangkit semula.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee menyifatkan tiada pemain lain akan mampu menyaingi kehebatan hatrik yang dilakukan pemain berpengalaman yang hampir mencecah usia 42 tahun.

“Amri kita tahu pemain yang cukup berpengalaman dan bermain dengan begitu baik pada usia yang mencecah 42 tahun.

Datuk Ong Kim Swee

“Saya percaya rekod beliau sebagai pemain tertua mencipta hatrik dalam saingan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan bertahan begitu lama dan saya percaya tiada pemain lain mampu untuk mengatasinya,” katanya.

Katanya, kemampuan Amri mengekalkan pencapaiannya pada usia sedemikian akan menjadi model terbaik kepada pemain muda Sabah untuk bermain sepertinya.

Sementara itu, Kim Swee turut menyifatkan semua pemain telah menunjukkan prestasi yang baik selain telah mengikut arahan dan berdisiplin dalam permainan.

“Ini yang kita perlukan, bukan sahaja pada malam ini, tetapi kita perlu teruskan rentak permainan kita pada perlawanan akan datang,” katanya.

Kemenangan yang dicapai Sabah FC itu membolehkan pasukan kendalian Kim Swee mengumpul 12 mata di tangga kedua carta liga daripada enam perlawanan hasil empat kemenangan dan tewas dua kali.

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular