HomeUtamaPerniagaan kuih raya kembali rancak

Perniagaan kuih raya kembali rancak

Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Peniaga-peniaga kuih raya khususnya di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini kini menarik nafas lega susulan beberapa kelonggaran diberikan pada fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu.

Ini ditambah dengan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 18 April lalu yang turut merancakkan lagi perniagaan.

Para peniaga yang ditemui mengakui Wisma MUIS sebelum ini agak sepi dan lengang berikutan pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu namun kini kembali menjadi tumpuan umat Islam termasuk dari beberapa buah daerah lain yang turut membeli persiapan Aidilfitri.

Menurut pemilik gerai Kak Muk Cookies, Madri Anwar berkata, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira apabila selepas dua tahun dapat diberi peluang berniaga seperti biasa dan ia merupakan peluang yang dinantikan.

“Alhamdulillah selepas dua tahun kami tidak berniaga, memang agak risau namun pada tahun ini semua peniaga gembira dan bersyukur diberi peluang berniaga seperti sebelum ini, ini yang kami nanti-nantikan.

“Kami juga bersyukur apabila respon yang diterima sangat baik selepas kami turut mengiklankan produk di media sosial,” katanya ketika ditemui di Wisma MUIS disini semalam.

Bagi pemilik gerai Meh Rasa Johor, Mohd Ali Ahmad yang menjual produk kuih raya dari negeri Johor turut mengakui sambutan yang diterima amat memberangsangkan dari pembeli.

pemilik gerai Meh Rasa Johor, Mohd Ali Ahmad

“Kami mula mengambil kuih raya dari Johor sebelum sebelum puasa bermula lagi.  Ini juga merupakan tahun ke lima kami membawa masuk produk ini ke Sabah.

“Pada PKP (Perintah Kawala Pergerakan) sebelum ini, kami telah membuat pemasaran secara atas talian (online), pada masa itu sambutan agak kurang namun pada kali ini ianya amat baik,” katanya.

Sementara itu, bagi pengunjung Faisal Z Salleh berkata, beliau rasa teruja untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini selepas hampir dua tahun PKP.

“Apabila ada kelonggaran oleh kerajaan pada tahun ini, jadi saya dan keluarga rasa teruja, senang dan gembira untuk menyambut.

“Meskipun kita gembira, namun kita perlu sentiasa berhati-hati ketika memandu balik kampung dan berharap agar COVID-19 akan terus hapus selepas ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pindaan Ordinan Buruh Sabah diluluskan selepas 20 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular