Polis Marin berjaya tumpaskan cubaan seludup minuman keras bernilai lebih setengah juta ringgit

Read Time:50 Second

Kota Kinabalu – –  Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu berjaya menumpaskan aktiviti menyeludup minuman keras di kawasan anak sungai menumbok baru-baru ini. 

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu ASP Roslan Bin Awang berkata pasukannya yang telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke ata sebuah bot laju 3 Enjin dan sebuah kenderaan di kawasan itu telah menjumpai beberapa karton pelbagai jenis minuman keras sedang dipunggah dari Bot laju ke atas sebuah kenderaan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=333929005498075&set=a.202570588633918&type=3

katanya Di dalam operasi itu, tiga (03) lelaki dewasa berumur lingkungan 28 hingga 31 tahun telah di tahan dan turut merampas bahan-bahan yang dianggarkan berjumlah RM556,665.00 dan Kes ini siasat dibawah Akta Kastam 1967.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan masyarakat terutama masyarakat Maritim dan  Persisir Pantai disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.