Peserta kursus yang terdiri daripada suri rumah dan petani bersama dua pelatih mereka dalam kursus membuat roti dan kek.

MUTIARA GRS-BN Laksana Inisiatif Memperkasa Wanita Luar Bandar

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

KIULU: Seramai 10 wanita yang terdiri daripada suri rumah dan petani di Pekan Nabalu di sini, menyertai kursus membuat roti dan kek selama sehari sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkasa wanita luar bandar oleh Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (MUTIARA GRS- BN).

Josephine Maikal, 35.
Para peserta kursus ketika sesi kelas membuat roti dan kek.

Josephine Maikal, 35, seorang petani dan ibu kepada tiga anak berasa gembira dengan pengalaman itu dan tidak sabar untuk memulakan perniagaan bakeri secara kecil-kecilan di rumah sebagai pendapatan tambahan bagi menyara keluarganya.

Beberapa lagi peserta lain, yang juga terdiri daripada suri rumah dan petani berusia 22 hingga 52 tahun turut berkongsi semangat yang sama.

Semuanya bersemangat untuk menggunakan kemahiran yang diperoleh dan mengucapkan terima kasih kepada Mutiara GRS-BN atas peluang yang diberi untuk mempelajari kemahiran berkenaan.

Yang Dipertua MUTIARA GRS-BN yang juga isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag berkata, memperkasakan wanita adalah agenda utama pertubuhan berkenaan.

“Kami akan terus bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai matlamat sama bagi memberi peluang kepada wanita untuk maju dan antara lainnya meningkatkan taraf hidup mereka melalui latihan serta kesedaran,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *