HomeIsu tempatanPIBG Maktab Sabah Beli Baju Raya Untuk Pelajar Kurang Mampu

PIBG Maktab Sabah Beli Baju Raya Untuk Pelajar Kurang Mampu

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maktab Sabah mengambil inisiatif berkongsi kegembiraan dengan membeli baju raya untuk 10 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari sekolah itu sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor berkata, seramai 10 orang pelajar termasuk tiga pelajar lelaki dan tujuh pelajar perempuan dari tingkatan 2 hingga tingkatan 6 daripada keluarga kurang mampu dipilih menerima sumbangan baju baru sempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Pelajar-pelajar tersebut telah dibawa membeli belah ke salah sebuah kedai pakaian di Kota Kinabalu semalam.

“Program tahunan ini telah diadakan setiap setahun, sejak 12 tahun saya dipilih menerajui PIBG, dengan tujuan membantu mengurangkan beban pelajar tersebut disamping membawa keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya. Setiap seorang membeli baju raya bernilai RM150.00,” katanya.

Fatimah turut meminta ibu bapa tidak lupa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan sepanjang menyambut bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, ini kerana meskipun negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April lalu, sekali gus membenarkan umat Islam menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di semua masjid dan surau tetapi pematuhan kepada beberapa SOP perlu diteruskan.

Fatimah turut meluahkan rasa bersyukur apabila dapat menyambut bulan Ramadan seperti biasa sebelum Covid-19 melanda dua tahun lalu.

Hadir sama Pengetua Nurani Fauziah Derin, Penolong Kanan Pelajar, Samsiah Al- Malek, Penolong Kanan Hal Ehwal, Murid Zunaidah Zakaria.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular