Kota Kinabalu – – Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu berjaya menumpaskan aktiviti menyeludup minuman keras di kawasan anak sungai menumbok baru-baru ini.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu ASP Roslan Bin Awang berkata pasukannya yang telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke ata sebuah bot laju 3 Enjin dan sebuah kenderaan di kawasan itu telah menjumpai beberapa karton pelbagai jenis minuman keras sedang dipunggah dari Bot laju ke atas sebuah kenderaan.
katanya Di dalam operasi itu, tiga (03) lelaki dewasa berumur lingkungan 28 hingga 31 tahun telah di tahan dan turut merampas bahan-bahan yang dianggarkan berjumlah RM556,665.00 dan Kes ini siasat dibawah Akta Kastam 1967.
Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan masyarakat terutama masyarakat Maritim dan Persisir Pantai disarankan untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.