HomeUtamaCOVID-19 : Kes harian kekal stabil

COVID-19 : Kes harian kekal stabil

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kekal stabil apabila hanya merekodkn jumlah sebanyak 51 kes yang dilaporkan pada hari ini dimana hanya naik sebanyak tiga kes berbanding jumlah semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumaha Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, secara keseluruhan, perubahan jumlah jangkitan berada pada tahap yang kecil dan terkawal.

Katanya, sebanyak 11 daerah mencatatkan peningkatan kes harian dimana sembilan daerah mencatatkan penurunan dan tujuh daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Sebanyak 11 daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes harian yang lebih rendah daripada semalam dengan 13 kes (-8) tetapi kekal satu2nya daerah yang mencatat jangkitan baharu dua angka.

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes satu angka dimana sembilan daripada daerah-daerah tersebut merekodkan antara satu atau dua kes baharu sahaja,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, seramai 49 orang daripada 51 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, tidak ada pesakit dalam Kategori 3 dan masing-masing seorang pesakit dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya