Latihan Kedudukan Memanah Penting Untuk Dedahkan Prestasi Pemanah – Ram Singh

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 33 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK) telah mengadakan Program Pemarkahan iaitu salah satu daripada latihan kedudukan memanah berlangsung selama dua hari diikuti dengan acara Berbuka Puasa pada 23 dan 24 April lalu.

Seramai 65 peserta dari Daerah Kota Kinabalu, Kota Belud dan Kota Marudu mengambil bahagian dalam kategori recurve, compound dan barebow.

Presiden PMDKK Ram Singh berkata, latihan kedudukan memanah ini penting kerana ia mendedahkan prestasi pemanah kami yang telah berlatih setiap hari di padang memanah yang maju yang diuruskan oleh ahli jawatankuasa kami.

“Ini akan membolehkan kami mengesyorkan pemanah terbaik kepada badan utama kami, Persatuan Memanah Negeri Sabah dan diserahkan kepada Majlis Sukan Negeri untuk kelulusan mereka mewakili negeri,” katanya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari in, antara calon yang dikenalpasti dan paling sesuai untuk pasukan sukma negeri 2020. Antaranya Lelaki Recurve, kedudukan pertama Evan Rich Chong dengan jumlah markah 628 mata diikuti tempat kedua Johnson Goh (597 mata) dan ketiga Quik Chern Ee (543 mata)

Manakala Wanita recurve kedudukan tempat pertama Faith Fedora Shiu (578 mata), kedua Clarabelle Shiu (498 mata) dan tempat ketiga Nurul Maisarah (428 mata)

Sementara dalam kategori Compound seperti biasa pencabar utama Eugenius Lo Foh Soon mendahului dengan 673 mata. Manakala di kedudukan kedua Aloysius Gabriel Liew (666 mata), ketiga Adriel Gabriel Liew (662 mata) dan kedudukan keempat Jassel Lu (646 mata).

Dalam kategori Wanita Compund, Emily Lo menduduki tempat pertama dengan 664 mata. Nur Khalida Kalbin dan Renee Sew masing-masing dengan 638 mata dan 630 mata berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Bersedia menyertai kategori pelapis negeri ialah pemanah junior Persatuan di bawah umur 15 tahun kedudukan pertama Zoey Lee (592 mata), kedua Rachael B.Chen (538 mata) dan ketiga Keith Clarence (519 mata) serta Zidan Roslee (518 mata) berada tempat keempat.

Bagi kedudukan bawah 12 tahun iaitu Ewyn R. Chong (651 mata), Aedan Chaw (515 mata), Quik Chern Ee (512 mata) dan Faiez (500 mata).

Dalam kategori Master Barebow Negeri, Jonson Saniy mendahului senarai dengan 602 mata diikuti Rithzal Nasir dengan 556 mata, Alex Koh dengan 547 mata dan Nur Khadijah Kalbin 538 mata.

Dalam pada itu, Ram Singh berkata, PMDKK tidak sabar untuk menghantar pemanah barebow terkemuka untuk melengkapkan kejohanan memanah barebow peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Kami berharap dapat mendedahkan pemanah junior ini dalam kejohanan memanah remaja pada masa akan datang. Juga dalam program persatuan untuk menganjurkan beberapa kejohanan sukan memanah dengan pasukan memanah asing bagi meningkatkan keyakinan pemanah terkemuka negeri dan mengekalkan mereka dalam prestasi terbaik,” katanya.

Beliau turut gembira dan berterima kasih kepada Setiausaha Agung, Shiu Vay Leung dan pasukannya kerana berjaya menganjurkan acara Buka Puasa yang bermakna untuk ahli-ahli Persatuan sama ada Muslim dan bukan Muslim serta tetamu jemputan dan membawa ahli-ahli PMDKK bersama-sama sebagai sebuah keluarga dan berharap lebih banyak perhimpunan persahabatan ini akan dianjurkan pada masa hadapan.

“Memandangkan pada bulan mulia ini, lebihan daripada yuran penyertaan akan disumbangkan kepada golongan yang memerlukan anjuran oleh ahli jawatankuasa Rithzal supaya serba sedikit dapat mengurangkan beban mereka sempena menyambut Hari Raya Aidifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi,” ujarnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *