HomeUtamaPelan Strategik KSTI 2022-2025 penuhi matlamat Sabah menjadi negeri berteknologi tinggi

Pelan Strategik KSTI 2022-2025 penuhi matlamat Sabah menjadi negeri berteknologi tinggi

Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU :Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah semalam melancarkan Pelan Strategik KSTI 2022-2025 bagi memenuhi matlamat Sabah menjadi sebuah negeri yang berteknologi tinggi selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menterinya Datuk Yakub Khan berkata, pelan itu adalah sebagai panduan dalam penetapan hala tuju bagi melahirkan masyarakat yang berkemahiran dan mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi digital, melahirkan masyarakat intelek,kreatif dan inovatif melalui perancangan dan pelaksanaan program pembangunan sumber manusia.

Katanya, pelan itu merangkumi tiga teras utama iaitu membangunkan dan memantapkan ekosistem STIE di antara agensi Kerajaan, akademia, pemain industri dan masyarakat; memacu pembangunan infrastruktur dan teknologi digital ke arah masyarakat kreatif, inovatif serta kompetitif; dan mengurus modal insan yang kompeten dan adaptif dalam bidang STI melalui aktiviti R&D dan tadbir urus lestari.

“Saya difahamkan, dalam merangka pelan strategik ini, Kementerian telah mendapatkan khidmat pakar dan nasihat daripada MOSTI, Akademi Sains Malaysia, UMS, UITM, Petronas, MCMC, JTK, MDec, MyDigital dan lain-lain lagi serta diselia oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

“Bagi menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, Pelan Strategik ini telah dirangka berasaskan sembilan  teras strategik yang dijangka akan dapat memacu keberhasilan yang boleh meningkatkan minat industri dalam menyumbang kepada pembangunan STIE.

“Selain itu ianya akan dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat serta minat terhadap STIE dan meningkatkan kesiapsiagaan negeri Sabah dalam dinamika STIE yang sentiasa berkembang maju manakala capaian Internet akan diperluaskan terutama ke kawasan terpencil agar masyarakat di luar bandar tidak ketinggalan dengan arus kemajuan teknologi dan seterusnya meningkatkan peratusan masyarakat yang celik digital, peningkatan produktiviti dan hasil ekonomi kepada negeri,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Strategik KSTI 2022-2025 disini semalam.

Yakub berkata, pelbagai program dan inisiatif yang dirancang dalam Pelan Strategik akan dapat memperkasa program-program pembudayaan STIE dengan lebih sistematik dan menyeluruh, menyebarluaskan komunikasi STIE, menjadikan STIE sebagai pemboleh daya dalam menangani isu dan cabaran dalam sosio-ekonomi di negeri Sabah serta memacu inovasi sosial  untuk manfaat masyarakat.

Katanya, program yang dirancang itu juga akan memudahkan pelaksanaan pembangunan  infrastruktur digital di Sabah, bagi meningkatkan tahap penggunaan teknologi digital rakyat serta dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berteknologi tinggi.

“ Seterusnya dapat memacu penyediaan dana pembangunan modal insan dan memperluaskan liputan pembiayaan latihan untuk pekerja serta memperkasa program pembangunan modal insan secara holistik.

“Saya berharap agar Pelan Strategik KSTI 2022-2025 ini akan menjadi panduan bagi memastikan program dan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan untuk kesejahteraan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi negeri Sabah,”katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, selaras dengan salah satu misi KSTI yang ingin menerajui pembangunan teknologi dan bakat  sains selaras dengan hala tuju negeri Sabah, KSTI mengambil inisiatif untuk menjalinkan lebih   banyak kolaborasi bersama rakan strategik ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, kompetitif dan produktif serta memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam semua lapisan masyarakat.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular