HomeEkonomiSCENIC Bekerjasama Dengan MTDC Untuk Percepatkan Kemajuan Bakat Sabah Ke Arah IR...

SCENIC Bekerjasama Dengan MTDC Untuk Percepatkan Kemajuan Bakat Sabah Ke Arah IR 4.0

Read Time:2 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC) akan memberi tumpuan untuk mempercepatkan lagi kemajuan bakat di negeri ini.

Bakat berkenaan merujuk kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS), penyelidik dan inovator yang berasaskan teknologi.

Pengurus Besar SCENIC, Viviantie Sarjuni berkata, pihaknya sentiasa menyusun pelbagai program dan peluang untuk bakat-bakat di Sabah.

Katanya, organisasi berkenaan juga akan mengambil pendekatan holistik dengan mengkaji peranan pihak berkepentingan dalam ekosistem dan inisiatif yang tersedia agar bakat yang ada mengikut kecekapan semasa mereka.

“Bagaimanapun, kita hanya boleh melakukan ini menerusi kerjasama erat dengan pelbagai agensi lain dan badan bukan kerajaan.

“Kita sudah mengenal pasti Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) sebagai rakan persekutuan yang kukuh dan berkaliber untuk menjalankan pelbagai inisiatif pembinaan kapasiti di Sabah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Viviantie berkata, SCENIC juga sentiasa terbuka dan menjemput pihak lain atau mana-mana agensi untuk bekerjasama agar dapat mencapai matlamat ditetapkan.

“Kami bekerjasama dengan MTDC berdasarkan kredibiliti mereka dalam melahirkan usahawan berasaskan teknologi yang berjaya di seluruh negara.

“Kita memerlukan bantuan mereka untuk mencontohi perkara yang sama di Sabah menerusi program pembinaan kapasiti terkini mereka,”katanya.

SCENIC yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan MTDC semalam (25 April 2022) untuk kerjasama setahun.

Kerjasama itu diadakan sempena pelancaran Pelan Strategik Kementerian yang dilancarkan di salah sebuah hotel, di sini.

Viviantie berkata, pandemik Covid-19 mengajar masyarakat untuk menjadi lebih berdaya tahan termasuk membina model perniagaan pandemik bukti yang memanfaatkan teknologi dan inovasi.

“Kita perlu kekal relevan dengan keperluan industri dan pada masa yang sama melahirkan bakat Sabah yang kompeten di peringkat global,” Katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Dato Norhalim Yunus berkata, bertunjangkan kepada pendirian ‘The Centre of 9 Pillars’, pihaknya akan menyediakan penyelesaian tempatan, pemindahan pengetahuan dan kepakaran dalam Industri 4.0.

“Kami akan membawa inovasi teknologi yang relevan untuk penggunaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi menambah baik proses pembuatan dan pengeluaran.

“Bagi penyelidik, kami akan mendedahkan mereka kepada keusahawanan dan membawa hasil penyelidikan mereka ke pasaran melalui inovasi teknologi.

“Begitu juga usaha membantu dalam pengesahan pasaran dan teknologi, peningkatan kemahiran dan kemahiran semula PKS ke arah Industri 4.0,”’katanya.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 20 syarikat akan terlibat dari segi penggunaan teknologi atau pembangunan bakat tahun ini.

Hasil daripada kerjasama ini, MTDC juga akan memulakan program MYRESKILL IoT untuk 15 ahli dari Persatuan Penggerak Multimedia Negeri Sabah.

Bagi perjanjian antara JPSM dan IPDAS, di mana ia juga ditandatangani semasa pelancaran, membabitkan kerjasama dalam pelaksanaan modul Pengajian Islam sebagai subjek tambahan di pusat latihan JPSM iaitu Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) yang menjadi satu-satunya institut latihan vokasional bernaung di bawah kerajaan negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

KM minta tindakan profesional tangani isu di Sabah

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular