HomeIsu tempatanAl-Qalam wadah bina masa depan belia cemerlang

Al-Qalam wadah bina masa depan belia cemerlang

Read Time:1 Minute, 25 Second

MEMBAKUT : Penubuhan Alumni Tadarus Al-Quran Membakut (Al-Qalam) merupakan satu wadah bagi membina masa depan belia yang cemerlang.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, alumni itu bertujuan menghimpun belia yang berminat dalam bidang keagamaan sekaligus membina generasi Al-Quran.

“Saya telah mengumumkan untuk mewujudkan alumni tadarus Al-Quran Membakut yang disebut sebagai Al-Qalam.

“Al-Qalam tidak terhad dengan aktiviti keagamaan sahaja, mereka juga akan turut terlibat  dengan aktiviti keilmuan, kemasyarakatan dan kebajikan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempenaMajlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Generasi Muda Daerah Membakut, di Dewan Seri Wawasan Kampung Pimping.

Mohd Arifin Mohd Arif

Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pihaknya akan memastikan mereka yang terlibat akan dapat mengikuti kursus dan seminar yang berhubung dengan keusahawanan, kepimpinan agar mereka dapat membentuk modal insan yang cemerlang.

Katanya yang turut berharap agar Al-Qalam itu akan dapat menjadi wadah bagi belia untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

Sementara itu, Mohd Arifin berkata, seramai 250 belia turut serta menjayakan program berkenaan. 


“Sebelum ini, kita telah membuat program tadarus untuk orang dewasa dan pada hari ini kita mengadakan program tadarus perdana khusus untuk generasi muda.

“Alhamdulillah, sambutan dari belia Membakut amat baik dengan jumlah 250 orang belia hadir dan memberikan komitmen untuk turut serta dalam program ini.

“Paling mustahak, generasi belia harus mengamalkan hidup dengan Al Quran,” katanya.

Pada majlis tersebut, Arifin menyampaikan sumbangan kepada sekolah dan masjid yang berada di sekitar Daerah Membakut.

Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Malai Ali Malai Ahmad, Imam Besar Masjid Negeri Suhaidi Kuanting dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Sabah, Omar Raisul Assalam Sulaiman Omar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular