HomeUtamaPenglibatan ibu bapa, komuniti pendekatan penting dalam usaha pemulihan OKU

Penglibatan ibu bapa, komuniti pendekatan penting dalam usaha pemulihan OKU

Read Time:1 Minute, 12 Second

PUTATAN: Penglibatan ibu bapa dan komuniti merupakan pendekatan penting dalam usaha pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini.

Menteri Pembangunan  Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, intervesi awal akan dapat mengurangkan risiko ketidakupayaan golongan OKU, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Katanya, program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) yang ditubuhkan oleh Kerajaan adalah sangat relevan bukan sahaja kepada kanak-kanak OKU, tetapi juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU.

“Program PDK adalah satu strategi Kerajaan dalam membangunkan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU.

“PDK mengambil pendekatan penglibatan aktif oleh ibu bapa, keluarga dan masyarakat setempat atau komuniti terhadap usaha pemulihan insan-insan istimewa ini.

“Golongan ibu bapa kepada anak OKU terutamanya akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran tentang cara pengendalian kanak-kanak istimewa dengan lebih berkesan selain dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan sesama sendiri,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika berucap dalam Program Ziarah Ramadan Pusat Pemulihan dalam Komuniti di Pengkalan Tenterà Kem Lok Kawi, Putatan,disini kelmarin.

Beliau turut berharap dengan adanya PDK ini akan dapat membantu dari segi kesejahteraan golongan OKU yang juga merupakan golongan sasar kementeriannya.

“Saya berharap PDK akan terus mengorak langkah untuk memberikan pembangunan seimbang dan kesejahteraan kepada golongan OKU dalam menjana pembangunan OKU yang produktif serta kehidupan berdikari,” katanya.

Sehingga Januari lalu, sebanyak 40 buah PDK telah ditubuhkan di negeri Sabah yang memberi manfaat kepada seramai 2,386 orang OKU dan melibatkan 331 orang penyelia.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya