Remaja maut terhidu gas dalam kereta 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:42 Second

CYBERJAYA : Seorang remaja ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di Ketereh, Kota Bharu, dipercayai terhidu gas.

Mangsa, 18, ditemui semalam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk kereta Proton Satria jam 10.05 pagi.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, hasil maklumat awal mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan berbaring dengan tempat duduk itu direndahkan.

“Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian dan tidak ada kesan pecah terhadap kereta yang tidak berkunci dan barangan peribadinya tetap ada di sisi.

“Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa juga tidak menemui apa-apa kesan luka atau unsur jenayah,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Rosdi berkata, mangsa dibawa ke jabatan forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan hasil bedah siasat mendapati remaja itu mengalami pendarahan pada paru-paru disyaki kesan terhidu gas dalam kereta.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *