HomeUtamaPindaan Akta FAMA 1965 akan dibawa ke Parlimen

Pindaan Akta FAMA 1965 akan dibawa ke Parlimen

Read Time:59 Second

KUCHING : Pindaan Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 telah dipersetujui Jemaah Menteri dan akan dibawa ke Parlimen pada sidang akan datang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pindaan itu bertujuan untuk membolehkan FAMA mengurus pemasaran komoditi ternakan tertentu.

“Pindaan ini akan memperluaskan skop fungsi FAMA terhadap pemasaran komoditi dan produk ternakan menerusi rantaian pemasarannya.

“Ia sekaligus menstabilkan rantaian bekalan produk ternakan, selain membantu penternak dan usahawan tani memasarkan produk mereka dengan cara yang lebih berkesan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Perasmian Semarak Syawal peringkat Kebangsaan di Medan Niaga Satok (MNS) disini baru-baru ini.

Ronald berkata, ketika ini tiada agensi khusus yang berfungsi dalam menjalankan aktiviti pemasaran ternakan.

Kataya, melalui pindaan akta ini, FAMA akan mengambil peranan untuk turut mengedarkan komoditi ternakan serta menstabilkan rantaian bekalan bagi memastikan bekalan sentiasa berada di dalam pasaran serta rantaian bekalannya tidak terganggu.

Untuk rekod, FAMA merupakan agensi MAFI yang diberi kuasa di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141] bagi menyelia, menyelaras, mengawal selia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia di bawah seksyen 1A Akta 141 kecuali bagi produk nanas, getah, kelapa sawit, padi, beras, tembakau dan koko.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular