HomePendapatDurjana pengagihan dan penagihan dadah harus dihentikan dengan tindakan pengutkuasaan yang ketat

Durjana pengagihan dan penagihan dadah harus dihentikan dengan tindakan pengutkuasaan yang ketat

Read Time:1 Minute, 38 Second

Durjana ekoran dari penagihan dadah seringkali dilaporkan media tidak kira dari dahulu sehinga sekarang. 

Dadah yang boleh dikatakan punca utama jenayah bunuh, rompak, curi serta tidak salah mengatakan dadah merupakan ibu bagi jenayah-jenayah lain di negara kita. 

Penulis tidak mahu membangkitkan mengenai isu terbaru yang membabitkan seorang pesalah dadah yang kini sudahpun dijatuhi hukuman gantung di negara jiran kita, tetapi agak kecewa dengan tindakan beberapa badan yang seolah-olah mahu membela pesalah dadah ini. 

Umum mengetahui bahawa Singapura memiliki undang berkaitan dadah paling ketat di dunia. Bandaraya kaya berkenaan sama sekali tidak bertolak ansur terhadap dadah terlarang dan mengenakan hukuman penjara ke atas individu yang disabitkan kesalahan, termasuk rakyat asing.

Ia termasuk hukuman gantung sampai mati ke atas ratusan pesalah, termasuk puluhan warga asing kerana kesalahan narkotik sejak berdekad lalu.

Malahan negara jiran turut mengenepikan norma perundangan antarabangsa dan pandangan dunia mengenai hukuman mati ke atas pesalah narkotik ini. 

Melihat pula negara jiran di sebelah sabah, iaitu Filipina, negara itu juga  turut mahu mengenakan hukuman yang tegas terhadap penjenayah-penjenayah ini. 

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, pernah secara terbuka mengarahkan pegawai tertinggi kastam negara itu untuk menembak dan membunuh penyeludup dadah.

Ia adalah antara ancaman secara terang-terangan dilakukan Duterte sepanjang kempen empat tahunnya memerangi dadah, yang turut menjadi agenda utama pentadbirannya.

Justeru Malaysia juga harus mengikuti langkah yang sama jika tidak mahu lebih ramai rakyat Malaysia terlibat dengan jenayah dadah ini. 

Tidak kira pengedaran secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran jenayah dan durjana akibat dadah ini harus dihentikan dengan apa sahaja kos. 

kita tidak mahu lebih ramai generasi muda terlibat di dalam penyalahgunaan dadah ini tidak kira dadah jenis tradisional mahupun dadah sintetik kerana negara kerugian jutaan ringgit akibat kedurjanaan ini. 

Mereka bukanlah wira negara yang harus didendang ataupun individu yang mengharumkan nama malaysia di mata dunia, oleh itu biarlah undang-undang itu ditegakkan agar ianya menjadi ingatan bahawa DADAH ADALAH PEROSAK NEGARA. 

Syahrul Mizan Muhamad
Pecinta Negara

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS serah sumbangan kepada 16 KIR terjejas kebakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular